Cara membuat Tauhu gejrot

Cara membuat tauhu gejrot bermula dengan menyediakan tauhu sumedang dan direndam dalam air dan diletak satu sudu teh garam halus dan dibiar 20 minit.[1] Selepas tauhu direndam, tauhu digoreng sehingga masak, kemudian diangkat dan ditos.[1] Langkah seterusnya adalah membuat sos tauhu gejrot.[4] Kaedah, bawang putih dicincang halus bersama, cili merah, cili api, bawang merah, cili hijau, gula perang, dan garam, kemudian tambah cuka, air dan kicap manis, lalu dikacau rata, masak sehingga mendidih, kemudian angkat dan sisihkan.[4] Selepas itu letakkan tauhu goreng pada pinggan, tuangkan sos, kemudian taburkan bawang merah goreng di atasnya.[4] Penyediaan yang masih sangat tradisional menjadikan tauhu ini mempunyai rasa tersendiri, jadi tidak mengejutkan jika makanan ini disukai di kawasan besar di Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Depok, Malang, dan Surabaya.[3]